Thursday, May 26, 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU KHARULAZUAN DAN CIKGU ABDUL SALAM

Tarikh : 25 Mei 2016
Tempat : Dewan Gemilang SK Pekan Jaya

Telah berlangsung sebentar tadi majlis perpisahan Cikgu Kharulazuan bin Abdullah dan Cikgu Abdul Salam bin Jusoh. Kedua-dua guru ini telah banyak mencurahkan bakti sepanjang berada di bumi SK Pekan Jaya dan kini meneruskan perkhidmatan di SK Ubai. Cikgu Azuan mula berkhidmat di sini sejak tahun 2009 dan Cikgu Salam sejak 2012. Terima kasih atas jasa dan sumbangan, mohon ampun segala kekhilafan, semoga persahabatan  terus berkekalan. Lumrah sebagai warga pendidikan, pertukaran merupakan asam garam demi kepentingan perkhidmatan. Semoga terus cemerlang di tempat baru kami doakan.

bunga kemboja putih berseri 
putihnya melur di hujung dahan 
atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi 
puji syukur serta terima kasih kami ucapkan

Klip video simple 'Tribute To Cikgu Azuan and Cikgu Salam".


Teacher Mazlina sebagai pengacara pada hari ini.


tanam lenggun tumbuh kelapa 
terbit bunga pucuk mati 
budi tuan kami tidak lupa 
telah terpahat di dalam hati



Ustaz Azwari membacakan doa bagi memulakan majlis.

Cikgu Azuan menyampaikan ucapannya.
Giliran Cikgu Salam pula berucap dengan penuh emosi..hehe.

 Kelab Guru dan Kakitangan.
 

 Panitia Bahasa Melayu

ayam rintik tepi di tepi hutan 
terlihat dari pinggir telaga 
nama yang baik lantas ingatan 
seribu tahun terkenang juga 

 Panitia Bahasa Inggeris

 
 Panitia Matematik

 Panitia Sains

 Panitia Agama Islam

  Ucapan Pn. Azizah GPK Pentadbiran mewakili Guru Besar 
dan seluruh warga SK Pekan Jaya.
 




hari ini menanam jagung 
hari besok menanam serai 
hari ini kita berkampung 
hari besok kita bersurai 

 * Maaf kualiti gambar kurang memuaskan ( dalam dewan yang kurang pencahayaan )



No comments:

Post a Comment