Thursday, February 25, 2016

ANUGERAH PEMBESTARIAN BTPN PAHANG 2016

Tarikh : 18 Februari 2016
Masa : 2.30 petang
Tempat: Dewan Seri Utama BTPN Pahang



Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Utama, BTPN Pahang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Haliza bin Mohd Adnan, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan, BTP yang mewakili Tuan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebahagian besar Pengetua, Guru Besar, Guru ICT, Guru Perpustakaan & Media, Guru Penyelaras Bestari, Ketua-Ketua Sektor JPN Pahang serta wakil-wakil Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Pahang antara jemputan yang hadir untuk menjayakan majlis ini. Selain daripada Ucapan dan Pembacaan Ikrar Perkhidmatan Awam, majlis ini juga diisi dengan penyampaian anugerah pelbagai aktiviti pembestarian pendidikan peringkat negeri Pahang bagi Tahun 2015. 

Antara lain adalah :
1.   Anugerah Sijil Penarafan PSS setiap Daerah Negeri Pahang ;

2.   Anugerah Pusat Akses Sekolah Negeri Pahang di mana Johannya disandang oleh
      SK Bandar Raub (Kategori Sekolah Rendah) dan SMK Abu Bakar Temerloh (Kategori Sekolah
      Menengah) ;

3.   Anugerah Khas Guru Penyelaras Bestari Negeri (GPB) dimenangi oleh :
      Encik Nazrul Hadi bin Hj Azmi (SK Pekan Jaya, Pekan) ;

4.   Anugerah Khas Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Negeri dimenangi oleh :
      Puan Zaidah bt Harun (SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad,
      Kuantan) ;

5.   Anugerah Khas Pemimpin ICT Negeri dimenangi oleh :
      Encik Ab.Rashid b Ab.Rahman (Guru Besar, SK Berprestasi Tinggi Seri Biram,
      Pekan) ;

6.   Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang Negeri disandang oleh :
      Johan - SK LKTP Keratong 4, Rompin (Kategori Sekolah Rendah)
      Johan - SMK Sungai Soi, Kuantan (Kategori Sekolah Menengah) ;

7.   Anugerah Khas Inovasi BTPN Pahang dimenangi oleh :
      Kumpulan KIK Daerah Raub (DiGiEfTi Solution) ;

8.   Anugerah Pusat Kegiatan Guru Negeri Pahang dimenangi oleh :
      Pusat Kegiatan Guru Bandar Pusat, Maran (Berbangunan Sendiri) dan
      Pusat Kegiatan Guru Keratong, Rompin (Berbanguan Sementara) ;

9.   Anugerah Makmal Komputer Sekolah Negeri disandang oleh :
      SK Pekan Jaya, Pekan (Kategori Sekolah Rendah)

      SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (Kategori Sekolah Menengah) ;

10. Anugerah pengurusan PERPUSPA Negeri Pahang terbaik 2015 disandang oleh :
      PERPUSPA Daerah Kuantan.

Majlis Penyampaian Anugerah telah disampaikan oleh Y.Bhg.Tuan Haji Mohd Haliza b Mohd Adnan wakil rasmi kepada Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
* Sumber laman web BTPN Pahang.


 Anugerah Makmal Komputer Negeri Pahang ( Johan )

 Bersama GPM En. Hazrul Hafiz.

 Trofi beserta sijil yang diterima.

Menambah koleksi pencapaian sekolah dalam bidang ICT.

Kejayaan turut mendapat liputan akhbar.

Dalam majlis gilang-gemilang berkenaan, SKK SK Pekan Jaya telah berjaya mengekalkan 
kemampuannya dalam bidang ICT dengan merangkul 3 Anugerah:

1. Anugerah Makmal Komputer Sekolah Rendah ( JOHAN )
2. Anugerah Pusat Akses Negeri Pahang Sekolah Rendah ( KETIGA )
3. Anugerah Khas Guru Penyelaras Bestari Negeri Pahang
     Ustaz Nazrul Hadi bin Azmi ( Admin Blog )

Syukur alhamdulillah...sesuatu yang mengejutkan dan tidak dijangka. Tahniah kepada semua yang berjaya, semoga dengan sedikit usaha dan sumbangan melalui teknologi ini mampu memperkasakan pendidikan negara. Terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak dalam pencapaian ini.


No comments:

Post a Comment