Monday, January 4, 2016

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2016

Tarikh : 04 Januari 2016

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2016 telah bermula hari ini. Rata-rata ibu bapa murid- murid tahun 1 mengambil peluang berada bersama anak-anak mereka menghadapi hari bersejarah dan penuh bermakna ini. Pelbagai telatah dan gelagat murid dan ibu bapa dapat disaksikan pada hari ini. Perhimpunan rasmi yang bermula di Dataran Bestari terpaksa dipindahkan ke Dewan Gemilang kerana hujan turun sebaik nyanyian lagu sekolah bestari selesai dikumandangkan. Selamat kembali ke sekolah buat seluruh warga SKK SK Pekan Jaya. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik buat semua setelah pelbagai kecemerlangan dilakar tahun 2015. Ayuh kita celik mata, reset minda.


 Muri mula mengambil tempat di tapak perhimpunan.

 Sebahagian ibu bapa yang teruja memerhatikan gelagat anak masing-masing.

 Bersedia.

 Guru juga amat teruja setelah lebih sebulan bercuti. 

 Cikgu Anisah bersama murid pra sekolah.



 Barisan pemimpin kecil tahun 2016.

 Kemas dan segak berpakaian baharu.

 Kelas kesayanganku, 5 Iltizam.


 Ikrar murid.

 Zulaikha memimpin bacaan ikrar



 Semoga tahun baharu ini membawa seribu sinar kepada kita semua.

 Antara serius dan ceria..barisan pentadbiran SKK SK Pekan Jaya yang 'power'....
mengemudi hala tuju sekolah.



No comments:

Post a Comment