Sunday, November 22, 2015

KEPUTUSAN UPSR 2015

Alhamdulillah, keputusan UPSR telah diterima pada 17 November 2015. Jumlah murid yang mendapat 5A ialah 10 orang berbanding 18 orang tahun lalu. Namun secara keseluruhannya, GPS sekolah meningkat. Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru dan ibubapa yang telah bertungkus-lumus berusaha dan berdoa agar kejayaan ini dapat dikecapi. Serta penghargaan kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak yang telah memberi sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk dalam menjayakan program dan aktiviti tahun 6 sepanjang 2015 ini. Kepada yang tidak berjaya mendapat 5A, yakinlah bahawa kejayaan datang dalam pelbagai bentuk. Dan ini hanyalah merupakan satu langkah permulaan dalam mendepani pelbagai lagi ujian dalam kehidupan mendatang. Kami, guru-guru SK Pekan Jaya sentiasa mendoakan kejayaan semua murid di dunia dan lebih lagi di akhirat.


 10 orang murid cemerlang 5A.

Nur Sabrina Humaira

 
 Adam Haikal

Muhammad Hafiz Safwan


 Nur Amiratul Auni

 Sh.Irfan Balqis

Azleen Farisya 

 Annisa Batrisyia

 Qisthina Nabila Balqis

 Alya Syuhada

Muhammad Asyraf

 Murid 4A 1B




No comments:

Post a Comment