Tuesday, April 22, 2014

SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH - USTAZAH AMIRAH HANIM BT ABDUL GHAFFAR

Pada 11 April 2014 yang lalu, telah berlangsungnya satu majis sempena persaraan Ustazah Amirah Hanim bt Abdul Ghaffar. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Gemilang SK Pekan Jaya.  

Sejarah awal perkhidmatan ustazah di bidang perguruan bermula pada tahun 1985. Ditempatkan di SK Tekek, Pulau Tioman pada 02.01.1985. Merupakan guru wanita terawal di sekolah tersebut. Beliau berkhidmat di SK Tekek sehingga 31.12.1987. Setelah berkhidmat selama 3 tahun di SK Tekek, beliau ditempatkan pula di SK Seri Terentang, Pekan mulai 01.01.1988 hingga 31.12.1994. Kemudian beliau diberi mandat sebagai Guru Perpustakaan di SK Tanah Puteh, Pekan mulai 01.01.1995 sehingga 31.12.2006. Setelah berkhidmat di 3 sekolah, beliau mencurah ilmu di SK Pekan Jaya, Pekan sebagai destinasi terakhir mulai 01.01.2007 sehingga 31.03.2014.


Ustazah Amirah Hanim bersama emak yang tidak pernah berpisah sejak dari kecil.

Bersama murid prasekolah pada hari terakhir ustzaha berkhidmat. Ustazah Amirah Hanim mengajara murid prasekolah bagi subjek Pendidikan Islam.

Ustzah Amirah Hanim ketika Majlis Bacaan Yasin yang diadakan setiap hari Rabu & Jumaat di Dewan Terbuka.

Amanat Ustazah Amirah Hanim untuk semua warga SK Pekan Jaya.

Kenangan Ustazah Amirah Hanim tetap bersama kami semua.


Semekar budi, sejambak memori,
Jasamu diingati, kekal dihati..






No comments:

Post a Comment