Friday, November 29, 2013

BAGAIMANA GURU / MURID / IBUBAPA DAPAT MENGGUNAKAN ID FROG VLE

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SK Pekan Jaya. Untuk pengetahuan semua, SKPeJ telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Frog VLE telah dilancarkan di sekolah kita pada bulan Februari 2013. Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan USER ID dan PASSWORD dengan memasukkan no KP pada blog sekolah. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestarinet VLE Frog SK Pekan Jaya, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini https://cba5088.1bestarinet.net
Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian Log In. Berikut adalah Paparan School Dashboard yang boleh dilihat oleh Ibu Bapa. Klik ke Laman Ibu Bapa untuk ke site tersebut.
Berikut adalah paparan bagi Parents Noticeboard. Segala makluman berkaitan dengan sekolah yang ingin diketahui oleh ibu bapa akan dimuat naik ke laman ini.

No comments:

Post a Comment