Tuesday, September 22, 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN LARIAN ANTARABANGSA JAMBATAN SULTAN MAHMUD 2015

Tarikh : 19 - 21 September 2015
Tempat : Kuala Terengganu, Terengganu.
Pencapaian : 8 orang mendapat tempat dengan hadiah RM100 setiap seorang.

Seramai 39 orang murid tahun 6 yang baru saja selesai menduduki peperiksaan UPSR menyertai lawatan ini . Lawatan berbentuk serampang dua mata ini adalah kolaborasi program Tahun 6 dan Program Kebitaraan olahraga yang digabungkan. 

Lawatan ke Noor Arfa Batik untuk demo menchanting, membuat kristal, mengecop batik. Murid diberi peluang mewarna sendiri batik dan dianjurkan pertandingan sesama sendiri oleh pihak Noor Arfa Batik.











Lawatan ke Muzium Negeri Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Malaysia.


Kesemua 39 orang peserta lawatan menyertai Larian Antarabangsa ini.




8 orang yang berjaya mendapat tempat dan hadiah bernilai RM 100 setiap seorang...syabas dan tahniah...korang memang power...Cikgu Mat pun power juga...


Menjamu selera keropok Losong.



Bergaya di Taman Tamadun Islam berhampiran monumen Masjidil Aqsa.





Monday, September 14, 2015

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAN KHEMAH MEMBACA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2015

Tarikh         : 7- 10 September 2015
Tempat       : BTPN
Pencapaian : Nur Alya Zaheeda bt Kamaruzzaman
                     Johan Tokoh Nilam Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang 2015



Sedang bersiap sebelum masuk untuk penilaian individu Tokoh Nilam di BTPN.
 Nur Alya Zaheeda, membawa cabaran sekolah dan daerah Pekan ke 
Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Pahang 2015.

Lawatan Tokoh Nilam ke Kilang Isuzu, Pekan.

Sesi penulisan jurnal hasil lawatan ke Kilang Isuzu berkenaan.

Sesi terakhir Pemilihan Tokoh Nilam Negeri, forum dalam kumpulan.

Menempa dan mencipta sejarah baru SK Pekan Jaya 
dalam bidang kebitaraan Bahasa Melayu.

Hebat! Itu yang dapat dikatakan kepada Adik Nur Alya Zaheeda 
atas pencapaian terbilang warga SK Pekan Jaya.

Sesi pengiktirafan peringkat sekolah.

Bersama Guru Besar dan Cikgu Hazrul Hafiz selaku guru pembimbing dan pengiring.
Tahniah diucapkan. Semoga mendapat kejayaan di peringkat kebangsaan pula.

Keratan laporan akhbar Sinar Harian.

Sunday, August 30, 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA SEKOLAH SK PEKAN JAYA KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH 2015

Tarikh : 28 Ogos 2015
Tempat : Melaka Bandar Bersejarah

Program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pra sekolah SKPej dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Pra Sekolah PEWARIS telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sekali. Kali ini, Melaka menjadi tempat yang dipilih bagi program berkenaan.








Friday, August 28, 2015

KARNIVAL BAHASA PRA SEKOLAH PERINGKAT KELOMPOK PERAMU 2015

Tarikh : 27 Ogos 2015
Tempat : SK Pekan Jaya
Pencapaian :
1. Johan Kategori Bahasa Melayu
2. Naib Johan Kategori Bahasa Melayu
3. Ketiga Kategori Bahasa Inggeris

Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga dapat diteruskan kejayaan di peringkat daerah Pekan.


Tn.Syed Mohd Lutfi, GPK Kokurikulum SK Pekan Jaya mewakili Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Wednesday, August 26, 2015

SELAMAT DATANG KE PUSAT AKSES SEKOLAH (PuAS) SKK SK PEKAN JAYA

Pusat Akses SKK SK Pekan Jaya menyediakan perkhidmatan untuk mendapat akses internet dan maklumat kepada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa. Beroperasi setiap hari seawal 7.45 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bekerja. Dan bermula jam 9 - 11 pagi setiap hari Sabtu. Berfungsi sebagai Siber Cafe dalam perkarangan sekolah, Pusat Akses ini telah diperkemaskan lagi dengan bekalan 40 unit Chromebook dan Zoom Yes4G yang memberikan kepantasan dan kepuasan dalam melayari internet pada bila-bila masa. Sila hubungi En. Nazrul Hadi Azmi ( Guru Penyelaras Bestari) di talian pej, 094269298 jika memerlukan sebarang penjelasan dan maklumat berhubung Pusat Akses sekolah kami.