Tarikh: 16 Oktober 2018
Masa : 2.30 ptg
Tempat : BTP Bukit Kiara Kuala Lumpur
Pencapaian : Keempat Kategori Anugerah Sekolah Bestari Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2018
Anugerah Pembestarian Sekolah
Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia merupakan pengiktirafan dan penghargaan tertinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia kepada murid-murid, guru-guru dan
sekolah-sekolah yang telah menjayakan inovasi dalam pengurusan dan pentadbiran
sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah
berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Program ini bertujuan menyediakan
kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta
pengurusan dan pentadbiran sekolah (PdT) dan mengayakan hasil pembelajaran
murid melalui penggunaan ICT. Ini adalah kerana ICT berpotensi besar,
memacu dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan
potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21 serta melahirkan murid yang
dinamik, fleksibel dan adaptif dalam menghadapi apa juga situasi serta
berjaya mendepani cabaran kehidupan di era Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0).
Telah disempurnakan oleh Menteri
Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee bin Malik pada 16 Oktober 2018, Anugerah
Pembestarian Sekolah yang mula diadakan secara tahunan sejak empat tahun yang
lalu, menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam membangun dan membina modal insan bertaraf dunia. Dengan misi
untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan teknologi secara sistemik, khususnya dari segi
ketersediaan infrastruktur, kemudahan dan aplikasi, kepimpinan, pembangunan
modal insan dan penggunaan ICT di samping menyepadukan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, ICT juga menjadi pengupaya (enabler) bagi
merapatkan jurang digital yang wujud antara murid-murid di kawasan bandar dan
luar bandar.
Pada tahun ini, Anugerah ini
diperhebatkan lagi dengan usahasama dan sumbangan rakan-rakan strategik KPM,
antaranya Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang banyak
membantu dalam aktiviti penghasilan inovasi digital melalui gerakan
#mydigitalmaker; Cyber Security Malaysia, melalui aktiviti kesedaran
keselamatan siber iaitu program CyberSAFE in Schools; DiGi; Google;
Microsoft; YTL Foundation; institusi pengajian tinggi dan sebagainya yang
sama-sama berusaha untuk mengisi minda, memupuk minat dan mengasah kemahiran
murid melalui pelbagai aktiviti dan telah menyumbang sama ada dalam bentuk
peralatan, perkakasan, kepakaran dan juga hadiah berupa wang tunai.
Majlis Anugerah yang dihadiri
oleh 400 peserta, kebanyakannya terdiri daripada pemenang-pemenang yang datang
daripada seluruh pelosok tanahair, membawa pulang hadiah-hadiah yang
dipertandingkan dalam pelbagai kategori, antaranya Pencapaian Tahap Bestari
Terbaik, Murid dan Guru Bestari Cemerlang, Pusat Sumber Sekolah Terbaik,
Digital Story Telling Animation dan Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual
Learning Environment – VLE) Terbaik.
Bersama Pegawai Khas YB Menteri
Kontinjen Pahang
No comments:
Post a Comment