Bagaimana menjaga komputer supaya jangka hayat lebih panjang dan lama?
- Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
- Elakkan daripada getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
- Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap(jangan suka berpindah randah.
- Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
- Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari.
- Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
- Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer.
- Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
- Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.
- Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
- Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC, ini kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.
- Back up segala data penting anda.
- Scan hard disk sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.
- Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
- Digalakkan gunakan 2 hard drive / hard disk diformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.
Apakah itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
- Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
- Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
- Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Interne
No comments:
Post a Comment