Showing posts with label PENANDAARASAN. Show all posts
Showing posts with label PENANDAARASAN. Show all posts

Wednesday, October 11, 2017

PROGRAM SEKOLAH INSPIRASI SKPMg2 2017

Tarikh : 03.10.2017
Masa : 8.00 pg – 5.00 ptg


Alhamdulillah lawatan pihak JNJK bagi memberi pendedahan tentang SKPMg2 sekaligus menjadikan SK Pekan Jaya sebagai Sekolah Inspirasi SKPMg2 yang akan menjadi rujukan kepada sekolah-sekolah lain sekitar daerah Pekan. Sesi pagi menyaksikan taklimat diberikan oleh para nazir kepada wakil JPN Pahang, pihak PPD, SIP, pegawai-pegawai PPD, pengurusan sekolah, GPK, guru data, GPICT dan SU setiap unit. Disebelah petang pula mereka membentang dan berkongsi informasi dengan 40 orang guru besar dan pengetua sekitar daerah Pekan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami warga SK Pekan Jaya dalam merealisasikan SKPMg2 ini dan membantu kami dalam menjayakan Program Sekolah Inspirasi.






















Monday, January 23, 2017

PENARAFAN BILIK jQAF 5 BINTANG 2016.

Syukur, pemantauan yang dilakukan oleh JPN pada hujung tahun lalu nyata membuahkan hasil apabila Bilik jQAF SKK SK Pekan Jaya telah mendapat pengiktirafan 5 Bintang oleh pihak PPD Pekan. Sijil Pengiktirafan telahpun diterima oleh YBHG Pn. Guru Besar dalam sebuah majlis di PPD pada minggu lalu. Pada hari ini, 23 Januari 2017, telah berlangsung majlis penyerahan sijil berkenaan kepada Penyelaras Bilik jQAF mewakili GPI dan GBA yang telah bertungkus lumus menjadikan impian ini suatu realiti. Syabas dan tahniah. Semoga Bilik jQAF kekal ceria dan dimanfaatkan sepenuhnya dalam PdPc Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, insya Allah.

 Ustazah Zaiha, Penyelaras Bilik jQAF SK Pekan Jaya.
 Sijil disampaikan oleh Pn. Azizah, GPK Pentadbiran.



Monday, November 21, 2016

LAWATAN PENANDA ARAS PKG TERUNTUM DAN SMK TG.PANGLIMA PERANG 2016

Tarikh  : 18 November 2016
Masa    : 9.00 pagi - 11.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Pekan Jaya, Pusat Akses dan Makmal Komputer

Alhamdulillah sekolah telah menerima lawatan penanda aras dari PKG Teruntum yang membawa bersama rombongan berkenaan seramai 24 orang GPICT dan GPB sekitar daerah Kuantan. Dan pada hari yang sama, kami juga menerima lawatan dari pihak SMK Tg. Panglima Perang, Kuantan. Terima kasih diucapkan atas kesudian datang melihat apa yang dapat kami kongsikan. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan yang positif kepada perkembangan bidang ICT di sekolah kami dan sekolah para pelawat.


 Rombongan tiba seawal jam 9.00 pagi.


 Rombongan disambut dengan jamuan pagi.




 GPK Kokurikulum mempengerusikan majlis..
 Pihak BTP juga turut menghantar wakil.

 Majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara
SK Pekan Jaya dan PKG Teruntum.

 MOU antara SKPEJ dan SK Balok..

  MOU dengan SK Sg. Soi..

  Bersama Guru Besar SK Balok.
Lawatan ke Pusat Akses..nadi ICT sekolah. 

Pegawai Teknologi Pendidikan En. Mohd Amir...
 3 orang ustaz merangkap GPB dan GPICT dari 3 sekolah berbeza..
 Bergambar kenang-kenangan


Wednesday, August 5, 2015

LAWATAN PENANDA ARASAN SKK SK SG. DUA, KUALA PILAH, N.SEMBILAN

Tarikh : 01 Ogos 2015
Masa   : 10.30 pagi - 1.30 ptg

Tanggal 01 Ogos 2015, sekolah telah menerima satu lagi rombongan penanda arasan. Kali ini giliran sekolah dari Neghori Sembilan pula datang melawat. SK Sg. Dua, sebuah sekolah SKM yang hebat juga sebuah sekolah SKK dengan kebitaraan Hoki dan B.Melayu mengadakan lawatan kali ini dengan sejumlah 40 orang guru dan murid. Walaupun pada hari Sabtu, cuti hujung minggu, namun kehadiran mereka disambut dengan meriah oleh warga SKK SK Pekan Jaya. Dimulakan dengan sambutan tarian selamat datang, sesi minum pagi, para pelawat terus saja dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi taklimat, menandatangani jalinan dan kemudian diikuti dengan lawatan ke sekitar kawasan sekolah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.


Tarian menyambut ketibaan tetamu dari Negeri Sembilan.

 Ketibaan rombongan.






 Sebahagian guru yang bersama menyambut tetamu yang datang.

Rombongan diketuai oleh En. Yunus, Guru Besar SKK SK Sg.Dua.


 
 Tarian menyambut kehadiran rombongan dari jauh.


 Sarapan.

 Sesi perkongsian oleh Guru Besar SKK SK Pekan Jaya.

Guru Besar SKK SK Sg. Dua membuat ucapan.

Sesi menandatangani jalinan antara kedua sekolah.


 Pertukaran cenderamata penghargaan dan kenangan.

Bilik Pendidikan Islam


 Quranic Centre

 Bilik Bitara Bahasa

 Kelas Rintis Abad Ke 21

 Pusat Akses