Alhamdulillah, setelah beberapa tahun menyepi, Kem Jatidiri Tahun 6 dapat direalisasikan pada tahun ini. Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakannya. Kerjasama yang padu dan mantap menjadi pencetus kejayaan program tahun ini. Nampak gayanya guru dan murid sangat seronok dan keluar sedikit daripada ketegangan tugas rutin. Selain aktiviti menarik B&K dan aspek fizikal, aspek pembinaan sahsiah dan kekuatan dalaman seperti Qiyamullail turut diterapkan dalam kem pada kali ini. Jom layan saja gambar-gambar di bawah..
Persiapan awal untuk barbeku malam nanti..
Yang berat sama dipikul..
Menyiapkan tempat penginapan...
Taklimat awal sejurus selepas pendaftaran
Taklimat penginapan..
Proses memerap ayam dan kambing...
Acara sukaneka
Bersiap sedia dengan barbeku..sebab nak makan selepas isyak
Pakar menghidupkan api..
Solat maghrib, solat hajat, bacaan yaasin dan tahlil
serta solat Isyak berjemaah..
serta solat Isyak berjemaah..
Jamuan makan malam...
Seluruh ahli keluarga warga SK Pekan Jaya dijemput
bagi mengeratkan lagi ukhuwwah
Murid dikumpulkan untuk aktiviti Pecah Bendung
yang dikelolakan oleh CR. Zainuddin
Geng mengopi tengah malam...
Qiyamullail dipimpin Ustaz Nazrul dimulakan seawal jam 4.30 pagi..
Solat subuh dan kuliah subuh dipimpin oleh Cikgu Nadzmi..
Ada yang terkorban..
Untuk mencergaskan semula badan...setelah kurang tidur
Sebelah pagi hari berikutnya...acara lasak dan jati diri
dilaksanakan di bawah kelolaan Cikgu Mat
dilaksanakan di bawah kelolaan Cikgu Mat
Dan acara terakhir ialah Ikhtiar Hidup...
Geng pra sekolah sibuk mengadili makanan yang disediakan...
harap tak ada yang keracunan, hehe
Murid diberi peluang memperkenalkan resepi masing-masing
dan cuba mempengaruhi para juri..
Entah apa-apa rasanya...
Kebiasaannya..mana-mana perkhemahan, tak lengkap tanpa adanya
acara melelong barang yang ditinggalkan..
Ucapan Perasmian Penutup oleh Kak Son selaku GPK HEM
Dan terakhir sekali ialah penyampaian haadiah kepada
kumpulan yang berjaya dalam setiap aktiviti..
Kem Jatidiri mengundur diri buat tahun ini...semoga berjumpa lagi tahun hadapan...babaii
No comments:
Post a Comment