Tarikh : 20 Januari 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Bestari SKK SK Pekan Jaya
Mungkin ramai yang tidak perasan kepentingan
sebatang pensel. Tahukah anda betapa besarnya peranan dan nilai sebatang pensel
yang harganya bermula serendah RM0.80 ketika ini? Pensel merupakan sebatang
alat tulis yang paling penting sebagai permulaan pembelajaran bagi setiap
murid. Kadangkala, kerana hilang dan kehabisan pensel menjadikan sesuatu kerja
seorang murid itu tertangguh.
THR Gegar telah melancarkan Projek 1 Pensel ini
bersama barisan penyampai radio mereka seperti Shah, Zura, Suzana, Nasa, DJ dan
Nazz. Antara yang turut memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut adalah para
artis tempatan seperti Altimet, Eyza Bahra, Aishah Bujang, Najwa Latif,
Twinnies, Syuhada, Zahid AF, Eddie Hamid, Encik Mimpi, Nahu & Qya, Lawa
Nie Geng dan Khai Bahar. Para artis yang menghadirkan diri pada majlis itu
turut memberikan sokongan serta pujian terhadap inisiatif THR Gegar dalam
melaksanakan ‘Projek 1 Pensel’.
Menurut Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan
“ Objektif ‘Projek 1 Pensel’ ini adalah untuk memudahkan proses pembelajaran
setiap murid dengan membantu mereka untuk menyediakan keperluan asas dan
secara tidak langsung menggalakkan para pendengar THR Gegar untuk berbuat
kebaikan walaupun dengan modal yang kecil sahaja. Sumbangan sebatang
pensel ini boleh disumbangkan oleh seluruh rakyat di Malaysia tanpa mengira
perbezaan latar belakang. Seterusnya, sumbangan boleh dilakukan dengan
menyumbangkan sekurang-kurangnya satu pensel setiap seorang bermula hari ini (1
sehingga 31 Disember 2016). Misi THR Gegar adalah untuk mengumpul sebanyak 100,
000 batang pensel untuk diberikan kepada 100 buah sekolah di seluruh Pantai
Timur.
Alhamdulillah SKK SK Pekan Jaya terpilih antara 100
buah sekolah yang dikunjungi oleh team THR Gegar yang diwakili oleh DJ Shah dan
DJ Anna untuk diserahkan 1000 batang pensel untuk murid-murid sekolah ini.
Terima kasih THR, semoga ianya menjadi amal jariah yang dterima oleh Allah
Taala serta mendapat balasan yang baik di sisiNya.
No comments:
Post a Comment