Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik j-QAF
Pemantau : Ybhg Ustaz Safuan bin Abdul Jalil ( Pegawai SPI JPN Pahang )
Alhamdulillah berasaskan kepada penarafan kendiri bilik j-QAF SK Pekan Jaya yang berjaya mencapai 5 Bintang. Pihak PPD Pekan telah memilih 2 buah sekolah iaitu SK Pekan Jaya dan jiran SK Peramu Jaya untuk penarafan oleh pihak JPN. Ternyata persiapan awal yang dilakukan dengan mengemaskini bilik j-QAF dan seluruh sistem fail berpunca dari Perasmian Bilik j-QAF sebagai Sudut Perpustakaan Mini SK Pekan Jaya beberapa bulan sebelum membuahkan hasil. Kerjasama semua dalam memastikan bilik tersebut bukan sahaja nampak gah dengan gemerlapan bintang-bintangnya, tapi dapat memberi manfaat kepada warga SK Pekan Jaya. Tahniah kepada semua yang terlibat dan bertungkus lumus menjalankan tugas dan amanah ini. Semoga penarafan 5 bintang juga dapat diperolehi berdasarkan pemantauan yang berlangsung baru ini.
Sudut Tadarus
Bahan Bantu Belajar
Ruang Talaqqi Musyafahah
Sudut Perpustakaan Mini
Sudut Hasil Kerja Murid
Guru Besar dan KP Pai sedang sibuk membantu Al-Fadhil Ustaz Safuan
mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Semua GPI dan GBA turun padang memberi bantuan dan sokongan.
Sistem Perekodan PAFA, KBS, KCJ, Literasi dan Tasmik
Sudut BBM
Papan Kenyataan Umum
Ruangan maklumat pdp abad 21
Ustaz Fitri dari PPD Pekan mengiringi Ustaz Safuan.
Sistem fail yang lengkap dan kemaskini
Sudut Amali Solat
No comments:
Post a Comment