Wednesday, November 2, 2016

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Tarikh : 26 Oktober 2016
Masa   : 09.00 pagi - 03.00 ptg
Penilai :En. Shahrizan bin Ibrahim - BTP KPM
             En. Alias bi Shamsuddin - BTP KPM
             En. Mohd Yusnaidi bin Mohd Riffin ( BTPN Selangor )

Alhamdulillah, SKK SK Pekan Jaya telah dicalonkan oleh BTPN Pahang sebagai wakil negeri Pahang bagi Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 yang merupakan anugerah tertinggi di Malaysia dalam bidang pembestarian sekolah. Setelah mengambil kira penataran SSQS dan faktor-faktor lain termasuk Frog VLE, pencapaian dan penyertaan sekolah dalam pelbagai lapangan aktiviti dan program pembestarian selama ini. Syukur, segala usaha selama ini akhirnya mendapat pengiktirafan tertinggi dan semoga sekolah terus komited dalam menyahut cabaran ini serta membawa pulang kejayaan buat negeri Pahang bagi tahun 2016. Penilaian ini mengambil kira 50 peratus Instrumen Penilaian yang dibentangkan oleh GB melalui presentation Powerpoint, 25 peratus verifikasi SSQS dan 25 peratus lagi adalah temubual dengan guru dan murid. Saya kira ini merupakan satu misi tidak mustahil walaupun perlu mengakui ianya amat sukar dan berliku berbanding pemantauan-pemantauan lain sebelum ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak BTPN Pahang, PKG Bandar Pekan yang bukan sahaja mencalonkan bahkan memberi sokongan kepada sekolah. Dan terima kasih juga kepada pihak penilai di ketuai oleh En. Shah yang banyak memberi tunjuk ajar. Penilaian ini disamping untuk menilai, ia banyak memberi nilai tambah kepada perkembangan pembestarian di bumi SK Pekan Jaya.

Klik Sini : BERITA PEMANTAUAN SK PEKAN JAYA DI LAMAN BTPN PAHANG




Pembentangan oleh Guru Besar diberi masa 45 minit.
Para penilai bersama pengiring yakni pegawai-pegawai BTPN Pahang dan PKG Bandar Pekan khusyuk mendengar pembentangan. 
Resepi kejayaan pembestarian SKK SK Pekan Jaya dikongsi bersama.

 
Dua jilid bahan pembentangan yang dibukukan untuk dibawa pulang bagi
penelitian para penilai beserta DVD.
Sesi lawatan ke sekitar sekolah.


Mengamati penggunaan Al-Quran Digital di Quranic Centre
Pn. Aliza  kebetulan sedang menyiapkan kerja-kerja melibatkan murid tahun 6 
sambil menggunakan teknologi ICT di PSS.
Program murid tahun 6 bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat yang kebetulan 
dirancang pada hari yang sama.


CR Zainuddin menguruskan program berkenaan sekaligus menunjuk penglibatan 
aktif PSS dalam menyokong pelbagai aktiviti sekolah.
Tak sah kalau tak ada gambar budak bertiga ni..

Bilik tayangan..Auditorium Tun Sri Lanang..
Pusat Akses yang menjadi nadi ICT dan pelaksaan Frog VLE sekolah

Menandatangani buku pelawat..

Sesi rumusan..di akhir pemantauan.
Penyampaian sijil pengiktirafan penyertaan Anugerah dari BTP KPM..



Barisan GPK 1, GPK HEM dan Guru Penyelaras Kelab ICT..
Segala fail yang berkaitan ICT dan PSS dikeluarkan...
GPK Kokurikulum mengacarakan majlis..
Kalau tak selfie macam ni..jawabnya memang tak masuk blog lah muka..hehe..

Tidak meletakkan harapan yang tinggi..kerana saingan pasti hebat dari seantero tanahair. Jika dapat, rezeki alhamdulillah..kalau tak dapat, tetap bersyukur kerana terpilih ke peringkat kebangsaan adalah suatu yang amat bermakna dan besar bagi kami warga SK Pekan Jaya sebagai sebuah sekolah bestari luar bandar.

No comments:

Post a Comment