Thursday, August 31, 2017

PROGRAM MAKAN-MAKAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK PEKAN JAYA

Tarikh    : 14 Ogos 2017
Masa     : 3.00 ptg
Tempat : Mat’am Dallah, Kuantan


Satu program makan-makan kesyukuran Panitia telah diadakan setelah beberapa kali terpaksa ditangguhkan. Kali ini, Ustazah Siti Umey selaku Ketua Panitia sudi membelanja rakan-rakan makan di restoren makanan Arab. Terima kasih yea Kak Umey.






PDPC PRA SEKOLAH MENGGUNAKAN PELANTAR FROG VLE BAGI PROGRAM NPQEL PN. ROZITA BUANG

Tarikh    : 16 Ogos 2017
Masa     : 11.05 -12.05
Tempat : Pusat Akses


Saban tahun SK Pekan Jaya pasti akan menerima pelatih  NPQEL dan tahun ini kami menerima Pn. Rozita Buang, beliau merupakan seorang Pegawai LINUS PPD Pekan. Beliau memilih Pra Sekolah sebagai subjek kajian beliau dan beliau berminat menggabungkan kekuatan ICT SK Pekan Jaya dengan pelaksaan Pdpc Pra Sekolah. Satu sesi PdPc Pn. Anisah, Guru Pra Sekolah , di atur bagi memberi pendedahan kepada murid-murid Pra Sekolah. Walaupun mereka belum mempunyai akaun sendiri, mereka meminjam akaun murid tahun satu bagi tujuan ini. PdPc berjalan lancar, berjaya dan menyeronokkan.














PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh    : 21 Ogos 2017
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Bestari
Pencapaian :

Kelompok : Johan Story telling Kelompok Peramu
                Johan Public Speaking kelompok Peramu
Daerah : Ketiga Public Speaking Daerah Pekan


Tahniah diucapkan kepada semua gur dan murid yang terlibat.  Semua memang awesome.











 Anak admin mewakili SK Seri Terentang berjaya mendapat 
Johan Scrabble..alhamdulillah


PENUTUPAN FROGPLAY CHAMPIONSHIP PERINGKAT SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh    : 21 Ogos 2017
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Bestari


Alhamdulillah, akhirnya setelah 2 bulan. Kejohanan Frogplay SK Pekan Jaya melabuhkan tirainya pada 11  Ogos 2017. Program ini telah berjaya melonjakkan login dan KPI Frog VLE SK Pekan Jaya sepanjang 2 bulan dan pada masa yang sama berjaya membantu guru dalam melaksanakan PdPc Abad Ke 21. SK Pekan Jaya telah berjaya menjadi satu-satunya sekolah dalam negeri Pahang yang mencapai Top 30 selama 2 bulan. Walaubagaimanapun, masih gagal menempatkan diri dalam Top 20 untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Apa pun, dengan segala usaha yang telah diberikan, pagi, petang, Sabtu dan Ahad..ia sudah memadai dan lebih utama objektif pelaksanaan Frogplay telah tercapai. Mara ke peringkat seterusnya hanyalah bonus. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dan tahniah juga kepada semua murid yang berjaya mendapat tempat dalam kejohanan berkenaan. Post khas berkenaan pelaksanaan Frogplay Championship akan dilakukan oleh Admin sedikit masa lagi.






































 Juara Frogplay Championship 2017
 Naib Juara
Ketiga..tahniah semua...