Thursday, February 25, 2016

JELAJAH TOKOH NILAM NEGERI PAHANG 2016


Nur Alyaa Zaheeda beserta Tokoh Nilam Bahasa Inggeris dari SBT SK Seri Biram dan Guru Media kedua-dua sekolah En. Hafiz  dan Pn. Norafizah.

Resensi buku oleh Tokoh Nilam di SK Seri Terentang
pada 22 Februari.

Jelajah ke SBT Seri Biram pada 24 Januari. 
Salah satu latihan dan persediaan untuk menghadapi Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2016.

ANUGERAH PEMBESTARIAN BTPN PAHANG 2016

Tarikh : 18 Februari 2016
Masa : 2.30 petang
Tempat: Dewan Seri Utama BTPN Pahang



Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Utama, BTPN Pahang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Haliza bin Mohd Adnan, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan, BTP yang mewakili Tuan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebahagian besar Pengetua, Guru Besar, Guru ICT, Guru Perpustakaan & Media, Guru Penyelaras Bestari, Ketua-Ketua Sektor JPN Pahang serta wakil-wakil Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Pahang antara jemputan yang hadir untuk menjayakan majlis ini. Selain daripada Ucapan dan Pembacaan Ikrar Perkhidmatan Awam, majlis ini juga diisi dengan penyampaian anugerah pelbagai aktiviti pembestarian pendidikan peringkat negeri Pahang bagi Tahun 2015. 

Antara lain adalah :
1.   Anugerah Sijil Penarafan PSS setiap Daerah Negeri Pahang ;

2.   Anugerah Pusat Akses Sekolah Negeri Pahang di mana Johannya disandang oleh
      SK Bandar Raub (Kategori Sekolah Rendah) dan SMK Abu Bakar Temerloh (Kategori Sekolah
      Menengah) ;

3.   Anugerah Khas Guru Penyelaras Bestari Negeri (GPB) dimenangi oleh :
      Encik Nazrul Hadi bin Hj Azmi (SK Pekan Jaya, Pekan) ;

4.   Anugerah Khas Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Negeri dimenangi oleh :
      Puan Zaidah bt Harun (SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad,
      Kuantan) ;

5.   Anugerah Khas Pemimpin ICT Negeri dimenangi oleh :
      Encik Ab.Rashid b Ab.Rahman (Guru Besar, SK Berprestasi Tinggi Seri Biram,
      Pekan) ;

6.   Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang Negeri disandang oleh :
      Johan - SK LKTP Keratong 4, Rompin (Kategori Sekolah Rendah)
      Johan - SMK Sungai Soi, Kuantan (Kategori Sekolah Menengah) ;

7.   Anugerah Khas Inovasi BTPN Pahang dimenangi oleh :
      Kumpulan KIK Daerah Raub (DiGiEfTi Solution) ;

8.   Anugerah Pusat Kegiatan Guru Negeri Pahang dimenangi oleh :
      Pusat Kegiatan Guru Bandar Pusat, Maran (Berbangunan Sendiri) dan
      Pusat Kegiatan Guru Keratong, Rompin (Berbanguan Sementara) ;

9.   Anugerah Makmal Komputer Sekolah Negeri disandang oleh :
      SK Pekan Jaya, Pekan (Kategori Sekolah Rendah)

      SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (Kategori Sekolah Menengah) ;

10. Anugerah pengurusan PERPUSPA Negeri Pahang terbaik 2015 disandang oleh :
      PERPUSPA Daerah Kuantan.

Majlis Penyampaian Anugerah telah disampaikan oleh Y.Bhg.Tuan Haji Mohd Haliza b Mohd Adnan wakil rasmi kepada Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
* Sumber laman web BTPN Pahang.


 Anugerah Makmal Komputer Negeri Pahang ( Johan )

 Bersama GPM En. Hazrul Hafiz.

 Trofi beserta sijil yang diterima.

Menambah koleksi pencapaian sekolah dalam bidang ICT.

Kejayaan turut mendapat liputan akhbar.

Dalam majlis gilang-gemilang berkenaan, SKK SK Pekan Jaya telah berjaya mengekalkan 
kemampuannya dalam bidang ICT dengan merangkul 3 Anugerah:

1. Anugerah Makmal Komputer Sekolah Rendah ( JOHAN )
2. Anugerah Pusat Akses Negeri Pahang Sekolah Rendah ( KETIGA )
3. Anugerah Khas Guru Penyelaras Bestari Negeri Pahang
     Ustaz Nazrul Hadi bin Azmi ( Admin Blog )

Syukur alhamdulillah...sesuatu yang mengejutkan dan tidak dijangka. Tahniah kepada semua yang berjaya, semoga dengan sedikit usaha dan sumbangan melalui teknologi ini mampu memperkasakan pendidikan negara. Terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak dalam pencapaian ini.


Wednesday, February 24, 2016

USRAH SANTAI VLE SKK SK PEKAN JAYA SIRI 1 & 2 2016

Tarikh  : 21 & 22 Feb 2016
Tempat : Pusat Akses, SK Pekan Jaya
Mursyid : Ustaz Nazrul Hadi Azmi ( Frog Admin )

Unit Pembestarian SKK SK Pekan Jaya yang bernaung di bawah Jawatankuasa Teknologi Maklumat Dan Multimedia telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan 2 siri Program Usrah Santai VLE. Program ini adalah khas untuk guru-guru yang masih di peringkat permulaan dalam mempelajari VLE. Melalui program yang bersifat santai ini diharapkan guru-guru yang terlibat merasa lebih selesa dan dapat mengikuti program mengikut tahap kemampuan masing-masing. Hanya beberapa widget dan pembinaan asas laman sahaja diperkenalkan. Selepas cuti pertengahan tahun nanti, latihan secara intensif akan dilaksanakan dan diberi dalam kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Ustaz Nazrul melalui Unit Pembestarian yang baru dipeloporinya percaya bahawa setiap guru di SK Pekan Jaya adalah bernilai untuk memberi sumbangan kepada penggunaan laman pembelajaran maya dan memberi impak yang besar kepada jumlah login setiap muridnya dan login sekolah secara amnya. Pendekatan secara kumpulan kecil dan menyeluruh adalah jauh lebih baik dari program-program besar yang 'grand' dan gah pada namanya tetapi memberikan impak yang tidak seberapa. 



 Semangat yang ditunjukkan guru-guru SK Pekan Jaya.

Mursyid berkongsi idea dan ilmu VLE.

Program santai berjaya memupuk minat guru.

Monday, February 22, 2016

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH PEKAN 2016

Tarikh : 18 Februari 2016
Tempat : SMK Chini
Pencapaian : Johan Beregu (L)
                         Mohd. Naqiuddin Afkar Taha

Tahniah diucapkan kepada pemain dan jurulatih Ustaz Khairul Azwari atas pencapaian cemerlang ini. Hebat!!

Pertembungan antara dua beregu dari Kelompok Peramu di peringkat akhir diadili oleh Us. Azwari.

Tahniah Naqiuddin wakil sekolah yang berjaya menyerlah dalam kejohanan kali ini, bersiap sedia untuk peringkat negeri.


Friday, February 19, 2016

MAJLIS PERSARAAN PN. ZAILIHA BINTI ALI DAN PERTUKARAN GURU

Tarikh : 5 Februari 2016
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Tahun ini menyaksikan beberapa orang guru telah bertukar ke sekolah lain sama ada di dalam daerah ataupun luar. Lebih dari itu, kehilangan besar buat warga SKK SK Pekan Jaya apabila Pn. Zailiha binti Ali guru yang berkhidmat di sekolah ini sejak awal pembukaannya juga telah bersara penghujung tahun lalu. Berkhidmat sebagai guru sains yang cemerlang dan berdedikasi, persaraan beliau meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari warga SK Pekan Jaya. Kami akan sentiasa mengenang jasa beliau sepanjang budi ditabur di bumi bertuah SKPej. Selain itu, Cikgu Norul Akmar mendapat peluang bertukar ke tempat kelahirannya, Temerloh. Ustaz Ahmad Saufi ke SK Langgar, Us. Mohd Syamsul ke SK Peramu Jaya dan Ustazah Hasniyatun ke SK Serandu. Jasa kalian akan tetap kami kenang. Persaraan tetap akan datang buat semua, pertukaran adalah lumrah sebagai penjawat awam. Berusahalah.. di mana bumi dipijak, di situ langit dijinjing!!


 Ketibaan orang diraikan disambut Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan  Us. Ahmad Saufi, Pn. Farain dan guru-guru bersara Pb. Amirah Hanim dan Pn. Normilia.

 Terharu dengan sambutan warga SKPej.

 


 Barisan jemputan.
 Ustaz Azwari membaca doa mohon limpahan keampunan dan rahmat Allah.
 Persembahan mencuit hati murid-murid SKPej.
 Ditemani Pn. Faraain di pentas sambil menyaksikan tayangan multimedia
 sejarah perjalanan kerjayanya.
 Blog admin beserta Cikgu Mazarul selaku petugas siaraya, Pn Nor Azah selaku pengacara majlis dan Pn, Siti Umey selaku pembaca biodata sedang menghayati babak-babak menyentuh jiwa dalam tayangan tersebut.
 Ucapan Pn. Zailiha atau dikenali dengan nama Kak Liha.
 Ucapan Us. Syamsul mewakili dirinya dan guru-guru bertukar.
 Ucapan Guru Besar.
 Geng ganteng SKPej.
 Penghargaan daripada pelbagai panitia matapelajaran dan individu. Cikgu Nadzmi KP Sains menyampaikan cenderamata.
 Pn. Aliza KP B. Inggeris
 Pn. Norhaizan KP Matematik 
 Pn. Siti Umey KP Pendidikan Islam
 Ustaz Azwari.
 Pn. Farah Azrin mewakili Kelab Pra Sekolah
 Cenderamata sekolah dan panitia kepada guru-guru bertukar.




 Saat yang akan dikenang sampai bila-bila.
 Terkejut dengan kek yang disediakan.

 Terima kasih Cikgu Zailiha.
 Jamuan.
 Seronok posing untuk jurukamera En. Zainuddin.



Lambaian terakhir kepada murid-murid SKK SKPej yang berbaris sepanjang 
jalan keluar dari sekolah. Semoga Pn. Zailiha sentiasa mendapat rahmat Allah dan dibawah lindunganNya jua. Amin.