Karnival ini telah dianjurkan selama seminggu iaitu bermula17 hingga 21 November 2014 dengan dipenuhi pelbagai aktiviti melibatkan Bahasa Melayu yang merupakan bidang kebitaraan sekolah ini dengan menggunakan peruntukan SKK. Satu lagi program berkualiti di bawah Program Kluster Kecemerlangan.
Thursday, December 25, 2014
Thursday, December 18, 2014
STANDARD CHARTERED SINGAPORE INTERNATIONAL RUN 2014
7 Disember 2014, SKK SK Pekan Jaya telah menyertai Larian Antarabangsa Singapura Standard Chartered 2014. Seramai 5 orang guru dan 21 orang murid telah melibatkan diri dengan larian ini. Satu lagi aktiviti di bawah Program SKK. Tahniah dan syabas.
IPOH INTERNATIONAL RUN 2014
Larian Antarabangsa Ipoh diadakan pada 16 November 2014.Seramai 4 orang guru dan 26 orang murid berjaya mendapat sijil antarabangsa yang amat bernilai bagi SKK SK Pekan Jaya. Semua berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa yang ditetapkan. Good job...good job..

Semua sudah bersedia untuk beraksi.
Gaya guru dan murid yang telah berjaya menamatkan larian.
Sunday, November 30, 2014
MAJLIS PENGHARGAAN KERJASAMA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN BERSAMA UMP 2014
27 November 2014, menyaksikan SKK SK Pekan Jaya mendapat penghargaan daripada pihak Universiti Malaysia Pahang yang telah menjalinkan kerjasama erat dengan SKK seluruh Negeri Pahang. Guru Besar bersama lima orang guru dan lima orang murid hadir mewakili SKK SK Pekan Jaya ke majlis berkenaan yang diadakan di Kampus UMP Gambang.
Saturday, November 15, 2014
LAWATAN PENANDA ARASAN SKK SK PEKAN JAYA KE SBT SK BANDAR UDA 2, JOHOR BHARU 2014
10 November 2014, menyaksikan satu lagi kejayaan dirintis SKK SK Pekan Jaya apabila menganjurkan satu lawatan penanda arasan ke SBT SK Bandar Uda 2 Johor Bharu di bawah program Kebitaraan Bahasa Melayu dengan menggunakan peruntukan kluster. Ia adalah sebuah sekolah yang telahpun mendapat pengiktiran SKK, SBT dan Sekolah Amanah Malaysia. Rombongan 10 orang guru dan 27 orang murid itu disambut dengan begitu meriah sekali. Banyak dapatan yang diperolehi dan dipelajari dapat dibawa pulang untuk dikongsi bersama rakan dan dipraktikkan di sekolah ini.
Saturday, November 8, 2014
LAWATAN PENANDAARASAN PPD HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN (2014)
Tanggal 5 November 2014, satu lawatan PPD Hilir Perak diketuai oleh Tn.Hj. Zainal Abidin Bin Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Perak tiba di bumi SKK SK Pekan Jaya. Rombongan sebuah bas dan sebuah kenderaan SUV itu melibatkan guru-guru besar, pengetua-pengetua dan pegawai-pegawai PPD Hilir Perak. Menurut Tuan PPD, sebahagian daripada wakil sekolah yang datang sudahpun diiktiraf sebagai SKK dan SBT manakala sebilangan lagi akan dicalonkan pada tahun ini. Kami berbesar hati menerima kunjungan tuan-tuan.
Tarian menyambut ketibaan rombongan.
Sesi taklimat oleh Tn. Sy. Mohd Lutfi ( GPK Kokurikulum)
mewakili Guru Besar.
Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman
dan pemberian cenderamata.
Lawatan ke Quranic Centre.
Lawatan ke Bilik Pendidikan Islam
Jamuan tengahari.
Rombongan berangkat pulang.
Thursday, September 25, 2014
SAMBUTAN HARI MERDEKA
Pada 19 September 2014 yang lalu, telah berlangsungnya Sambutan Hari Merdeka peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya.
Dilampirkan sedikit gambar untuk tatapan semua..
Dilampirkan sedikit gambar untuk tatapan semua..
Malaysia,
Disini Lahirnya Sebuah Cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)




























