Tuesday, April 22, 2014

SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH - USTAZAH AMIRAH HANIM BT ABDUL GHAFFAR

Pada 11 April 2014 yang lalu, telah berlangsungnya satu majis sempena persaraan Ustazah Amirah Hanim bt Abdul Ghaffar. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Gemilang SK Pekan Jaya.  

Sejarah awal perkhidmatan ustazah di bidang perguruan bermula pada tahun 1985. Ditempatkan di SK Tekek, Pulau Tioman pada 02.01.1985. Merupakan guru wanita terawal di sekolah tersebut. Beliau berkhidmat di SK Tekek sehingga 31.12.1987. Setelah berkhidmat selama 3 tahun di SK Tekek, beliau ditempatkan pula di SK Seri Terentang, Pekan mulai 01.01.1988 hingga 31.12.1994. Kemudian beliau diberi mandat sebagai Guru Perpustakaan di SK Tanah Puteh, Pekan mulai 01.01.1995 sehingga 31.12.2006. Setelah berkhidmat di 3 sekolah, beliau mencurah ilmu di SK Pekan Jaya, Pekan sebagai destinasi terakhir mulai 01.01.2007 sehingga 31.03.2014.


Ustazah Amirah Hanim bersama emak yang tidak pernah berpisah sejak dari kecil.

Bersama murid prasekolah pada hari terakhir ustzaha berkhidmat. Ustazah Amirah Hanim mengajara murid prasekolah bagi subjek Pendidikan Islam.

Ustzah Amirah Hanim ketika Majlis Bacaan Yasin yang diadakan setiap hari Rabu & Jumaat di Dewan Terbuka.

Amanat Ustazah Amirah Hanim untuk semua warga SK Pekan Jaya.

Kenangan Ustazah Amirah Hanim tetap bersama kami semua.


Semekar budi, sejambak memori,
Jasamu diingati, kekal dihati..






Friday, March 21, 2014

Pertandingan PSS & ICT Peringkat Kebangsaan



Pada 18-20 Mac yang lepas telah diadakan pertandingan PSS dan ICT Peringkat Kebangsaan 2014 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.




Sekolah kita telah menghantar penyertaan dalam 3 kategori iaitu Pertandingan Mencipt Powerpaoint, Pertandingan Buku Skrap Multimedia dan Pertandingan Menuls Eisei BM.




Pelajar kita telah mencapai 2 emas dan 1 perak. Pencapaian Emas ialah Azfar Hazim B. Mohd. Ubaidullah dalam kategori Pertandingan Buku Skrap Multimedia dan Siti Aisyah Bt. Mohd. Romzi dalam ndingan Menuls Eisei BM. Adik Ahmed Al-Ameer B. Asri mencapai sijil Perak dalam tandingan Mencipt Powerpaoint.



Tuesday, March 4, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH PAHANG 2014

Pada 22 Februari 2014 yang lalu, Majlis Sukan Sekolah Daerah Cameron Hinglands telah mengelolakan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Pahang 2014 bertempat di Cameron Hinglands. Sekolah telah menghantar seorang wakil bagi kategori Bawah 12 Tahun Lelaki. Sebelum pertandingan berlangsung, telah diadakan latihan pusat bertempat di SMK Ahmad Pekan selama 3 hari mulai 18 - 20 Februari 2014. En Mazarul Arif b Osman selaku pengiring dan pembimbing telah dipertanggungjawabkan untuk melatih,
Muhammad Faizuwan b Md Kamarulzaman bagi menghadapi kejohanan tersebut. 

Antara destinasi latihan menjelang kejohanan sebenar,
Bukit Pelindung.



Muhammad Faizuwan b Md Kamarulzaman telah mendapat tempat ketiga


Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru pembimbing dan
Muhammad Faizuwan b Md Kamarulzaman.

Monday, March 3, 2014

KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PAHANG 2014

Majlis Sukan Sekolah Daerah Rompin telah mengelolalakn Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Pahang 2014 pada 17-19 Februari 2014 yang telah berlangsung di Rompin, Pahang. Pihak sekolah telah menghantar wakil bagi Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki / Perempuan. Berikut adalah serba sedikit rentetan bagi pemilihan peserta pertandingan.

Pertandingan Catur bagi Peringkat Kelompok Peramu telah berlangsung pada 4hb Februari 2014, dimana pihak sekolah telah menghantar wakil seramai 12 orang. 


LELAKI 12
Ahmed Al-Ameer
Johan
Ahmad Shahrul Shauqi
Naib Johan
Muhammad Fathullah
Ke-4
Muhammad Alif Haikal
Ke-10
Iqbal Shauqi
Ke-11
Azfar Hazim
Ke – 16/30
PEREMPUAN  12
Najwa Sakinah
Johan
Nur Alyaa Zaheeda
Naib Johan
Maisarah
Ke-3
Nurhanis Afifah
Ke-4
Nur Fasya Qistina
Ke-6
Syarah Syakirin
Ke -7
 

Pada Peringkat Kelompok Peramu, wakil sekolah yang terpilih untuk mewakili Kelompok Peramu bagi peringkat Daerah Pekan adalah seramai 8 orang. Bagi kedudukan 6 teratas layak mewakili Kelompok Peramu ke Peringkat Daerah.


Pada 6hb Februari 2014, telah berlangsung Pertandingan Catur Peringkat Daerah Pekan yang telah berlangsung di SMK Chini. Berikut adalah kedudukan wakil sekolah di pertandingan tersebut.

LELAKI 12
Ahmed Al-Ameer
Ke -7
Ahmad Shahrul Shauqi
Johan
Muhammad Fathullah
Ke – 19 /34
PEREMPUAN  12
Najwa Sakinah
Ke-3
Nur Alyaa Zaheeda
Ke-4
Maisarah
Johan
Nurhanis Afifah
Naib Johan
Nur Fasya Qistina
Ke-11


Bagi Peringkat Daerah, hanya 4 terbaik terpilih untuk mewakili daerah ke Peringkat Negeri. Satu latihan pusat telah diadakan bagi peserta yang layak mewakili daerah Pekan ke Peringkat Negeri. Latihan tersebut telah diadakan di SMK Ahmad, Pekan pada 13-14 Februari 2014 yang lalu.

Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Pahang 2014 telah berlangsung pada 17-19 Februari 2014 di Rompin, Pahang. Berikut adalah wakil sekolah yang layak ke Peringkat Negeri.


LELAKI 12
Ahmad Shahrul Shauqi bt Ahmad Shohaimi

Ke-20/44

PEREMPUAN  12
Najwa Sakinah bt Mohd Shaikhuddin
Ke-7
Nur Alyaa Zaheeda bt Kamaruzaman
Ke-11
Maisarah bt Zainuddin
Ke-28/44
Nurhanis Afifah bt Za’ba
Ke-12


Hanya 6 kedudukan terbaik layak terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Dukacita dimaklumkan bahawa wakil sekolah kurang bernasib baik. Apapun, tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada guru yang bertanggungjawab memimpin dan mengajar mereka sehingga layak ke peringkat negeri, En Wan Khairul Aswadi.



Tiada apa yang lebih menggembirakan hati selain melihat kejayaan pelajar hingga ke peringkat negeri. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada kepada pelajar dan guru yang terlibat.