Monday, January 8, 2018

HARI ORIENTASI TAHUN 1, 2018

Tarikh : 29 Dis. 2017
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, Kedai Buku, Bilik SPBT, Kantin dan kelas2 Tahun 1.


Kaunter pendaftaran bagi orientasi tahun 1 dibuka seawal jam 8.00 pagi. Ibubapa berpusu-pusu memenuhi tempat di dalam Dewan Gemilang. Yang pasti kebanyakan ibu bapa kelihatan amat teruja untuk melihat anak-anak mereka memasuki alam persekolahan. Para guru juga teruja untuk menerima menerima mereka dengan tangan yang terbuka. Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis, bacaa doa, ucapan Guru Besar, ucapan Guru Disiplin. Seterusnya ibu bapa ke Kedai Buku Sekolah dan bilik SPBT untuk menguruskan barangan keperluan sekolah dan buku teks anak masing-masing. Pada masa yang sama, anak-anak di bawa ke kelas dan berkenalan dengan guru dan suasana sekolah termasuk kantin, tandas dan lain-lain tempat. Ini bagi mengelakkan mereka mengalami kejutan budaya apabila bermula sesi persekolahan 2018 nanti..








































PERJUMPAAN GURU-GURU TAHUN 6 2018

Tarikh : 28 Dis. 2017
Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan





PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 2 HINGGA 5

Tarikh : 28 Dis. 2017
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Guru


Sejurus selesai taklimat dasar-dasar KPM, guru-guru dibahagikan mengikut kelas yang diajar, ini bagi membincangkan secara khusus berkenaan murid-murid mengikut tahun. Guru-guru membuat analisa PAT 2017, mengenalpasti kemampuan akademik murid-murid dan seterusnya merancang program-program yang bersesuaian. Jika sebelum ini program banyak tertumpu pada Tahun 6, kini seharusnya semua tahun akan dilibatkan dengan program-program ala tahun 6. Mudah-mudahan pencapaian murid akan dapat dipertingkatkan dan mampu mencapai KPI KPM iaitu semua murid menguasai tahap minima.











TAKLIMAT DASAR DAN PEMBENTANGAN PERANCANGAN STRATEGIK

Tarikh : 28 Dis. 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat


Taklimat dasar-dasar KPM diadakan bagi memastuikan guru-guru sentiasa ‘up to date’ dengan dasar-dasar yang baharu dan mematuhi dasar- dasar yang sedia ada meliputi peraturan di tempat kerja dan pekeliling-pekeliling pentadbiran yang berkuatkuasa. Guru besar membentangkan maklumat-maklumat yang diperolehi semasa mesyuarat pengurusan di PPD kepada seluruh warga sekolah dan  juga membentangkan perancangan strategik sekolah 2018. Guru Penyelaras Disiplin Pn Norharyani juga diberi peluang memberi taklimat pengurusan disiplin dikesempatan ini.










MESYUARAT PANITIA KALI 1 2018 DAN PEMBINAAN RPT MODULAR.

Nama program : Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Dan Panitia B.Arab Kali 1 2018 Dan Pembinaan Rpt Modular.
Tarikh : 27 Dis. 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik jQAF SKPej


Setelah selesai mesyuarat kurikulum, maka seluruh panitia diminta mengadakan mesyuarat panitia masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan pada 2 Januari. Ini bagi memastikan PdPc dan segala aktiviti boleh berlangsung dengan jayanya pada minggu pertama lagi. Selain mesyuarat, setiap panitia juga diminta untuk membincang dan membina RPT Modular yang termasuk dalam proses ‘unpacked DSKP’ sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak KPM dan yang telah dibengkelkan sebelum cuti hujung tahun 2017.






Nama program : Mesyuarat Panitia Sains Kali 1 2018 dan Pembinaan RPT Modular.
Tarikh : 27 Dis. 2017
Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Guru SKPej




Nama program : Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Kali 1 2018 dan Pembinaan RPT Modular.
Tarikh : 27 Dis. 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : MAKOM SKPej


Nama program : Mesyuarat Panitia Matematik Kali 1 2018 dan Pembinaan RPT Modular.
Tarikh : 27 Dis. 2017
Masa : 10.40 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SKPej




Nama program : Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali 1 2018 dan Pembinaan RPT Modular.
Tarikh : 27 Dis. 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SKPej









MESYUARAT AWAL TAHUN / PENGURUSAN SEKOLAH 2018

Tarikh : 26 Dis. 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPej


Alhamdulillah, mesyuarat ini menandakan akan bermulanya sesi persekolahan tahun 2018 tidak lama lagi. Mesyuarat ini telah menggabungkan kesemua mesyuarat Pentadbiran, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum bagi memastikan sesi persekolahan 2018 dapat bermula dan berjalan mengikut perancangan dan ketetapan yang telah sama-sama capai. Semoga tahun 2018 memberikan suatu kekuatan yang baharu untuk warga SKPej bagi terus berusaha demi kecemerlangan anak bangsa. Dalam mesyuarat ini menyaksikan agihan buku Prospektus 2018 SK Pekan Jaya yang dicetak khas dalam bentuk diari buat julung-julung kalinya.