Tuesday, November 14, 2017

JUMBLE SALE SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh : 7 - 8 November 2017
Masa   : 8.00 - 2.00 ptg
Tempat : Dewan Gemilang

Buat julung-julung kalinya SK Pekan Jaya di bawah Jawatankuasa Tahun 6 telah melaksanakan Jumble Sale bertujuan untuk mendapatkan dana bagi program tahun 6 serta lain-lain tujuan kebajikan. Ia juga merupakan pembelajaran luar kelas yang secara tidak langsung memberi pendedahan kepada murid tentang pengurusan bisnes dan kewangan. Program ini mendapat sambutan yang hebat dari murid dan ibu bapa serta penduduk sekitar. Semoga ia dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang. Syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

FASA PERSIAPAN 















 



 


 










DAY 1

 




 














 Kaunter tuju lagu..50 sen jer satu lagu..

















 

 

DAY 2

























 Kaunter paling havoc dan paling untung...air..



























 Ada biji ke dalam betik ni??








 Pakaian kanak-kanak pun ada..


Kaunter teka biji betik





Thursday, November 2, 2017

TAKLIMAT PAK 21 2017

Tarikh : 2 Nov 2017
Masa : 12.45 - 2.30 ptg
Tempat : Pusat Sumber
Penceramah : Pn. Rosnaini biti Mohd Taib ( Guru Besar )

Pada hari ini, Guru Besar telah kongsikan hasil dari bengkel 2 hari yang dihadiri beliau di PPD Pekan tentang hala tuju pendidikan negara dalam mendepani cabaran alaf 21. Pendidikan Abad Ke 21 merupakan suatu anjakan yang menjadi kemestian kepada semua warga pendidik bagi merealisasikan matlamat pendidikan negara dan PPPM. Walaupun perkongsian hari ini bukanlah suatu yang  baharu bagi semua guru, namun ianya perlu sebagai pembugaran dan penambahbaikan dalam kerjaya pendidikan.

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN
BAHAN PEMBENTANGAN TAKLIMAT

1.  PEMBELAJARAN ABAD KE 21

2.  BAHAN PENARAFAN KENDIRI KBAT

3. KIT PENERANGAN PAK 21



 Pn Guru Besar menyampaikan taklimat..



 Bahan yang dibentangkan telah dimuatnaik di Group Whatsapp Inforasmi..






 Sesi pembetangan dan perbincangan dalam kumpulan..














 Setiap ahli membentangkan beberapa konsep pembelajaran..