Tuesday, May 12, 2015

KEJOHANAN GOLF MSS PAHANG 2015

Tarikh  : 06 Mei 2015
Tempat : Kelab Golf Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur
Pencapaian : Johan Peringkat Negeri Pahang.

Pada 06 Mei yang lalu telah berlangsung Kejohanan Golf MSS Pahang di Cameron Highlands. Adik Nadhil Alias membawa cabaran Daerah Pekan ke kejohanan berkenaan dan Alhamdulillah telah berjaya mendapat TEMPAT PERTAMA. Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau dan keluarganya yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih dan penghargaan juga buat bapanya En. Alias yang merupakan jurulatih dan pembimbing beliau. Tahniah sekali lagi dari seluruh warga SK Pekan Jaya.
















PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Tarikh : 6 -7 Mei 2025
Tempat: Universiti  Islam Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Anjuran : SKK SK Gong Badak, Kuala Terengganu dengan kerjasama UNISZA

SK Pekan Jaya buat julung-julungnya kalinya menyertai pertandingan anjuran SKK yang dianjurkan oleh SKK SK Gong Badak. Pn. Norul Akmar dan Cik Fatin Nadiah selaku guru pengiring telah membawa cabaran Adik Nur Qisthina Balqis pada kali ini. Alhamdulillah, walaupun telah melakukan yang terbaik, baik dari segi persediaan sebelum pertandingan dan penyampaian pada hari berkenaan , Adik Qisthina hanya mendapat saguhati, pertandingan seperti ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh mana-mana SKK untuk mengasah bakat dan memberi seberapa banyak pendedahan kepada bakal-bakal pemidato masa hadapan. Tahniah diucapkan.








Saturday, May 9, 2015

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS BERSAMA UMP

Tarikh   : 09 Mei 2015
Tempat : SK Pekan Jaya

Program ini dirangka dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling bawah kelolaan CR. Zainuddin Bin Abu Baker dan Universiti Malaysia Pahang telah berlangsung dengan jayanya bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 ptg. Pelbagai aktiviti menarik dan bertujuan melatih para pemimpin kecil telah dilaksanakan. Ini merupakan satu lagi program jaringan dengan pihak UMP selaras dengan keperluan sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Tahniah dan syabas kepada yang terlibat menjayakannya.






Sesi senamrobik.

Murid begitu teruja dengan aktiviti.



Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan.



 En. Cr. Zainuddin bersama wakil daripada UMP.


Wednesday, May 6, 2015

SEKITAR MAJLIS PERTUKARAN CIKGU WAN KHAIRUL ASWADI WAN HUSSIN DAN CIKGU FADLI YANTI AZLINA JAMALUDDIN

Tarikh   : 28 April 2015
Masa     : 2.30 ptg
Tempat  : Inderapura Lake Resort

Kelab Guru Dan Kakitangan SKK SK Pekan Jaya di bawah pimpinan Us. Ahmad Saufi dan AJKnya telah merancang majlis penghargaan sempena pertukaran berapa orang guru yang merupakan tulang belakang kepada sekolah ini dan banyak sekali berjasa sepanjang lebih 10 tahun berada di bumi SK Pekan Jaya. Pada tahun ini SK Pekan Jaya 3 orang guru yang bertukar atas kepentingan perkhidmatan. Cikgu Wan Khairul Aswadi ( Guru Penyelaras Bestari ), Cikgu Fadli Yanti ( Guru Bahasa Inggeris ) dan Cikgu Mohd Afendi ( Guru KH). Terima kasih cikgu, atas sumbangan yang sangat besar ertinya sepanjang menjalankan tugas sebagai guru di sekolah ini serta turut sama dalam pelbagai kcemerlangan yang dicipta sepanjang hampir 10 tahun di sini.

UCAPAN GURU YANG DIRAIKAN


UCAPAN GURU BESAR


SESI MENJAMU SELERA






CENDERAMATA PENGHARGAAN 
DARIPADA PANITIA DAN ORANG PERSEORANGAN.









 


TERIMA KASIH SAHABAT...
JASA KALIAN TIDAK AKAN KAMI LUPAKAN.
KAMI DOAKAN SEMOGA BERBAHAGIA SELALU .