Monday, February 2, 2015

MERENTAS DESA PERINGKAT SKK SK PEKAN JAYA DAN PERINGKAT DAERAH

Acara merentas desa peringkat sekolah telah berlangsung pada 28 Januari yang lalu.  Acara bermula sekitar jam 5.30 petang selepas sesi solat asar berjemaah. 10 orang murid telah terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah yang dianjurkan pada 31 Januari yang dihoskan oleh Kelompok Chini pada tahun ini. Dua orang murid kita mendapat tempat ke 7 dan ke 8.Tahniah diucapkan.

 Sesi penyampaian hadiah kepada para pemegang
acara merentas desa peringkat sekolah.

 Persiapan untuk larian peringkat Daerah Pekan.
Our pride.

PEMANTAUAN NAZIR UNTUK TAWARAN BARU GURU BESAR (NEW DEAL)

Pada 29 Januari 2015, sejumlah tiga orang Nazir datang membuat pengesahan SKPM bagi Tawaran Baru Guru Besar.  Pemantauan bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir lebih kurang jam 2 petang. Aspek yang dinilai ialah 'presentation' oleh guru besar, sistem fail, pencerapan dua orang guru subjek Bahasa Melayu dan Dunia Seni Visual, sesi temuramah beberapa orang guru serta lawatan persekitaran sekolah meliputi bilik-bilik khas dan sudut-sudut pembelajaran. Sama-samalah kita berdoa semoga SKK SK Pekan Jaya berjaya mendapat tawaran ini seperti tahun 2011.

Bahan 'presentation' yang dibukukan diserahkan 
dalam bentuk hardcopy dan softcopy
Sesi pembentangan

LAWATAN DARI SMP NEGERI 1, BOGOR, INDONESIA

PPD Pekan telah menerima kunjungan delegasi dari Bogor, Indonesia di bawah Program Pertukaran Pelajar Bogor, Indonesia - Pekan, Malaysia 2015. Dan salah satu destinasi yang dicadangkan oleh PPD ialah ke SKK SK Pekan Jaya pada 27 Januari yang lalu. Tiba seawal jam 7.15 pagi, rombongan di bawa untuk sarapan seterusnya diraikan di Dewan Gemilang dengan persembahan koir, tarian dan persembahan multimedia. Rombongan seterusnya di bawa ke Bilik Gerakan untuk sesi taklimat dan sesi menandatangani MOU. Seterusnya mereka di bawa melawat ke sekitar kawasan sekolah meliputi bilik-bilik khas seperti bilik Pendidikan Islam, Quranic Centre, Makmal Komputer, Pusat Akses, Bilik Bitara Bahasa Melayu, Bilik Bitara Seni dan Laluan kokurikulum. Rombongan seterusnya dijemput dengan bas untuk ke SK Ahmad yang juga termasuk dalam rangka lawatan mereka. Semoga jalinan ini akan berkekalan. 

Persembahan Multimedia
 Sesi bergambar di Dataran Bestari
 Pn. Hjh Ummi Kalthum menandatangani Memorandum Persefahaman
 dengan  wakil pihak SMP Negeri 1, Bogor
 Tarian yang dipersembahkan mengalu-alukan
 kedatangan tetamu dari jauh.
Quranic Centre menjadi tumpuan para pelajar dari seberang.

SESI PENGGAMBARAN 'SUCCESS STORY' SKK SK PEKAN JAYA OLEH FROGASIA

Pada 26 Januari 2015, sekumpulan kru dari Frogasia tiba ke SKK SK Pekan Jaya untuk menjalankan penggambaran bagi dokumentari pendek mengisahkan kejayaan sekolah-sekolah seluruh Malaysia dalam memanfaatkan platform Frog Vle. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah di Pahang yang telah terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Frogasia. Penggambaran yang mengambil masa hampir setengah hari itu akan diedit menjadi 4 minit yang terbaik dan sangat bernilai bagi seluruh warga SKPej kerana ia merupakan penghargaan atas usaha yang telah dijalankan selama ini. Sesi penggambaran yang berlangsung melibatkan temuramah Guru Besar, Frog Admin, wakil penjaga, dua orang murid, sesi pdp serta perjalanan sesi persekolahan seawal murid tiba ke sekolah hinggalah pulang. Terima kasih Frogasia! Syabas warga SKK SK Pekan Jaya.!
 Rakaman sesi persekolahan.
 Rakaman koir sekolah yang menyampaikan 
lagu Jiwa dan Minda,  lagu tema sekolah bestari.
 Kru Frogasia
Adik Qisthina wakil murid perempuan
Adik Ashraf mewakili murid lelaki

Sunday, February 1, 2015

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 SK PEKAN JAYA 2015

Tarikh    : 31 Januari 2015 ( Sabtu )
Masa      : 8.30 pagi
Tempat   : Dewan Gemilang, SK Pekan Jaya

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 2015 Kali Pertama di adakan bagi memberi taklimat tentang aktiviti yang sedang dan bakal dilaksanakan bagi melonjakkan kecemerlangan murid-murid tahun 6 khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Selain itu, majlis ini menjadi platform bagi para ibu bapa mendekati dan mengenali lebih rapat guru-guru yang terlibat secara langsung di dalam proses mendidik anak-anak di sekolah. Majlis ini juga diadakan bagi mendapat kesepakatan pihak sekolah dan ibu bapa dalam melaksanakan program-program dan pelbagai pengisian serta dana bagi menampung aktiviti yang dirancang. Semoga kerjasama dan kemuafakatan ini akan mencetuskan kecemerlangan murid dan sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya.








Friday, January 16, 2015

BENGKEL PDP ABAD KE 21 SKK SK PEKAN JAYA 2015

14 Januari 2015, Bengkel PDP Abad Ke-21 (Kebitaraan Bahasa Melayu) Siri 2 di bawah peruntukan Program SKK Kebitaraan Bahasa Melayu telah berjaya dilaksanakan di PSS SKK SK Pekan Jaya. Para fasilitator yang hadir ialah para SIC+ dari PPD Pekan. Selepas sesi taklimat ringkas dan berkongsi amalan terbaik sekolah-sekolah lain, para guru terus terlibat dengan bengkel bagi menyediakan bahan-bahan sokongan dalam pdp. Well done.

Sesi taklimat.

 Sesi bengkel.
 Bersama membuat 'Traffic Light'.


Sunday, January 4, 2015

SEKITAR BANJIR YANG MELANDA SKK SK PEKAN JAYA 2014

SKK SK Pekan Jaya tidak terlepas dari kesan banjir besar yang melanda Pantai Timur. Sekolah ini pernah mengalami peristiwa lebih buruk pada tahun 2007 namun pada tahun 2014 persediaan lebih rapi telah dilakukan sebelum banjir melanda.

Persiapan menghadapi banjir.






 Banjir mula melanda.