Date: | July 22nd, 2017 |
Venue: | Pekan |
Time: | 06:20 am |
Location: | Pahang, Malaysia |
Categories: | Half Marathon, 5 km, 12 km |
PEKAN: Kira-kira 4,000 peserta termasuk dari luar negara
menyertai UDA Pekan Bridge Run 2017, di Dataran Pekan, di sini, pagi ini. Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), Datuk
Ahmad Abu Bakar, melepaskan peserta kategori 21 kilometer (km), 12 km dan lima
km.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual
menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi semua kategori di Dataran Pekan.
Ahmad berkata, pertandingan berkenaan menawarkan hadiah wang
tunai RM1,200 bagi juara kategori separuh maraton sejauh 21 km, RM1,000 (12 km)
dan RM500 (lima km).
"Penganjuran acara ini sebagai antara usaha meneruskan
inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami, sekali gus membantu
mempromosikan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat
Pahang 2017.
"Peserta berpeluang membawa pulang beraneka hadiah
cabutan bertuah termasuk barangan elektrik dan peralatan sukan. Semua peserta
akan menerima baju T, pingat dan sijil penyertaan," katanya.
Jarak larian kali ini lebih mencabar dengan laluan menarik
membabitkan pengalaman menikmati keindahan dan keharmonian bandar diraja serta
melalui pelosok kampung di sepanjang laluan.
Peserta akan melalui Dataran Pekan, Istana Abu Bakar, Padang
Sukan polo, Jambatan Sultan Ahmad Shah, Muzium Masjid Sultan Abdullah dan
Muzium Sultan Abu Bakar.